Kematian sebagai salah satu dari
fenomena kehidupan yang biasa dilihat di tengah-tengah kita, telah
menjadikan para ahli biologi 'bingung'. Mereka dengan menggunakan ilmu
pengetahuan dan teknologi tingkat tinggi telah berusaha untuk menemui
hakikat tentang kematian ini.
Namun kematian tetap saja, menjadi sebuah misteri, sangat sulit untuk
difahami apalagi dihindari. Kemampuan manusia tidak akan dapat
mengetahui hakikatnya, kerana keterbatasan kemampuan, sesuai yang
diberikan Allah SWT.
Pada masa silam, manusia umumnya meyakini bahawa kematian merupakan
fenomena umum yang terjadi dan berhubungan dengan tubuh manusia, di mana
tubuhnya mengalami suatu proses kehilangan fungsi kehidupannya. Namun
dengan kemajuan ilmu biologi, mereka mendapati kesimpulan bahawa
kematian, ternyata melancarkan serangan yang menyebabkan sel-sel tubuh
mati dan kehilangan fungsinya.
Kematian sel-sel ini dimulai dengan kerosakan dan kematian zat-zat yang
terdapat dalam sel, akibat serangan mikroba dari luar tubuh sel, yang
tidak dapat dilawan oleh antibodi yang dimilikinya. Dalam keadaan ini,
kematian mengakibatkan perubahan yang terjadi pada fungsi dan kemampuan
struktural yang dimiliki sel-sel hidup yang terdapat pada tubuh.
Perubahan ini dapat langsung dirasakan oleh sel-sel tubuh yang
mengakibatkan kematiannya. Dari sini, kita dapat mengatakan bahawa sel
hidup yang terdapat dalam tubuh kita dapat merasakan ‘kematian’ ini.
Hal ini sebagaimana yang difirmankan Allah s.w.t dalam AlQuran yang
terdapat pada surah Ali Imran ayat 185 yang berbunyi: "Tiap-tiap yang
berjiwa (hidup) pasti akan merasai mati."
Ungkapan AlQuran yang menggabungkan makna dari kata ‘nafsun’ dengan
makna dari kata ‘dza-iqotul maut’, menggambarkan hubungan antara apa
yang dirasakan oleh 'nafsun' tersebut dengan ‘kematian’. Dan cara
pengungkapan yang memilih penggunaan kata subjek ‘dzaa-iq’ yang berasal
dari kata 'dzaaqa', dan tidak menggunakan kata subjek ‘mutadzawwiq’ yang
berasal dari kata 'tadzawwaqa' menggambarkan bahawa kematian pada
mulanya, menimpa bahagian dalam sel-sel tubuh, bukan bahagian luarnya.
Hal ini sesuai dengan apa yang kita dapatkan dari hasil analisa sel yang
membuktikan terdapatnya seperti ‘kesiapan sel untuk mati’ atau apa yang
dapat kita sebut sebagai ‘batasan waktu kematian’ (al-miiqaat az-zamani
lil maut).
Di mana, sejak terciptanya suatu gen dari suatu sel tertentu,
sesungguhnya setiap sel telah memiliki sketsa yang mengatur kehidupan
dan fungsinya, serta batasan waktu berakhirnya fungsi sel tersebut atau
kematiannya. Sebagai buktinya, adalah kematian sebahagian sel tubuh
sebelum datangnya serangan mikroba yang menyebabkan kematiannya.
Hal ini sebagaimana isyarat yang diberikan AlQuran dalam surah Yunus
ayat 49. Allah s.w.t berfirman: "Katakanlah: "Aku tidak berkuasa
mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku,
melainkan apa yang dikehendaki Allah. Tiap-tiap umat mempunyai ajal.
Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat
mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak (pula) mendahulukan(nya)."
Tentang waktu tertentu bagi kematian sel-sel hidup, juga dijelaskan
dalam surah ar-Ra’d ayat 38. Allah s.w.t berfirman: "Bagi tiap-tiap masa
ada Kitab (yang tertentu)."
Kemudian, penelitian ilmiah telah membuktikan bahawa kematian
kadang-kadang datang secara tiba-tiba tanpa didahului proses perubahan
biologi.
Mengenai hal ini, jika kita mahu melihat ke dalam AlQuran, maka kita
akan mendapatkan petunjuk mengenai kematian yang datang dengan
tiba-tiba, iaitu pada surah Al-Baqarah ayat 259, yang menceritakan
tentang peristiwa yang terjadi pada seseorang hamba Allah yang soleh.
Allah SWT berfirman: "Atau apakah (kamu tidak memerhatikan) orang yang
melalui suatu negeri yang (temboknya) telah roboh menutupi atapnya.
Dia
berkata: "Bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah
hancur?" Maka Allah mematikan orang itu seratus tahun, kemudian
menghidupkannya kembali. Allah bertanya: "Berapa lama kamu tinggal di
sini?" Dia menjawab: "Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah
hari." Allah berfirman: "Sebenarnya kamu telah tinggal di sini seratus
tahun lamanya; lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi
berubah; dan lihatlah kepada keldai kamu (yang telah menjadi
tulang-belulang);
Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi
manusia; dan lihatlah kepada tulang-belulang keldai itu, kemudian Kami
menyusunnya kembali kemudian Kami membalutnya dengan daging." Maka
tatkala telah nyata kepadanya (bagaimana Allah menghidupkan yang telah
mati) dia pun berkata: "Saya yakin bahawa Allah Maha Kuasa atas segala
sesuatu."
Pengungkapan AlQuran dengan
menggunakan huruf ‘fa’ dalam firman-Nya: "Fa amaatahullah" yang artinya:
"Maka Allah mematikan orang itu", menggambarkan kejadian maut yang
tiba-tiba yang menyebabkan terhentinya kehidupan di bahagian dalam
sel-sel tubuh.
Namun kematian sel-sel ini, tidak bererti hancurnya sel-sel tersebut,
kerana melalui proses pemeliharaan (pembekuan) sel-sel ini,
kehancurannya dapat dihindari. Sebagaimana yang diisyaratkan oleh
bahagian ayat di atas iaitu: "Saya telah tinggal di sini sehari atau
setengah hari."
Dugaan di atas (dari hamba yang soleh itu) yang menyatakan bahawa
dirinya telah tinggal di negeri itu sehari atau setengah hari,
didasarkan pada apa yang dilihatnya dari keadaan tubuhnya yang belum
berubah dan tidak adanya kerosakan pada sel atau organ tubuhnya.
Hal ini menjelaskan bahawa sel-sel tubuh meskipun telah mati, boleh
tetap dijaga sesuai keadaannya semula, jika dihindarkan dari sebab-sebab
yang boleh mengakibatkan kehancurannya (misalnya, diawet). Dan proses
ini, pada masa sekarang, boleh dilakukan oleh para ilmuwan dengan
bantuan sains dan teknologi di bidang biologi yang telah berkembang
pesat.
Sumber : Republika.co
Tidak ada komentar:
Posting Komentar